ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn

Value Hospitality Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
Thursday, January 12, 2006
Berita Harian

KUMPULAN Value Hospitality (Value Hospitaltiy) yakin dapat meningkatkan keuntungan Prescott Inn Medan Tuanku sebanyak 20 peratus selepas ia mengambil alih pengurusan hotel itu bulan ini.

Pengurus Besarnya, Dennis Tan, berkata pihaknya yakin lokasi strategik hotel itu dapat menarik pelanggan daripada kalangan ahli perniagaan dan pelancong.

"Selain itu kami juga akan menjalankan usaha pemasaran dan inisiatif operasi yang akan meningkatkan kecekapan dan menurunkan kos kendalian hotel bagi meningkatkan keuntungan," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Prescott Inn Medan Tuanku yang bertaraf tiga bintang itu terletak di pusat bandar Kuala Lumpur bedekatan pusat beli-belah dan kewangan serta berhampiran stesen monorel.

Ia dibuka pada 1997 dengan nilai pembangunan kasar kira-kira RM20 juta dan mempunyai 111 bilik termasuk lima suite junior.

Tan berkata, pihaknya yakin mencapai sasaran kenaikan keuntungan itu berdasarkan pengalaman selama 13 tahun sebagai pakar dan perunding pengurusan perhotelan mengendalikan lima hotel dan sebuah kelab golf di negara ini.

"Oleh kerana kami memasarkan hotel yang diuruskan syarikat sebagai satu kumpulan, Prescott Inn Medan Tuanku kini dapat menikmati penjimatan kos dan peningkatan kecekapan menerusi perkongsian jenama," katanya.

Tan berkata, bagi mengurangkan kos pengendalian Prescott Inn Medan Tuanku, Value Hospitality akan menumpukan kepada usaha mewujudkan aliran kerja yang lebih mudah dan cekap dengan membina semula model bahagian depan operasi.

"Pada masa sama kami akan memulakan sistem kawalan yang memberikan penekaan terhadap kemesraan layanan dan kecekapan perkhimatan kakitangan," katanya.

Tan berkata, dengan kecekapan prosedur operasi yang sudah mula diguna pakai itu, hotel ini beroperasi menggunakan kurang daripada 25 kakitangan sepenuh masa yang membantu mengurangkan kos dengan ketara.

Sementara itu, pemilik Prescott Inn Medan Tuanku, Ng Leong Sing, berkata walaupun hotel itu terletak di lokasi utama, ia masih memerlukan pengurusan yang cekap dan berkesan untuk berjaya.

"Berdasarkan kepakaran dan rekod kejayaan Value Hospitality, kami yakin kerjasama antara kedua-dua pihak akan memberikan manfaat pada masa depan," katanya.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy