ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
VH ambil alih Riviera Bay Resort

Value Hospitality ambil alih Riviera Bay Resort
Sunday, September 24, 2006

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Pakar pemulihan pengurusan hotel, Kumpulan Value Hospitality telah mengambilalih pengurusan Riviera Bay Resort, sebuah pusat peranginan dengan 450 bilik di Tanjung Keling, Melaka.

Pengurus Besar Kumpulan, Dennis Tan berkata, pihaknya melihat lokasi pusat peranginan di Tanjung Keling itu berpotensi besar untuk dimajukan dan memberi perolehan yang baik kerana ia mampu menarik ramai pelancong terutama dari Singapura.

Pihaknya percaya perolehan syarikat mampu ditingkatkan melalui pengambilan alih pusat peranginan yang beroperasi sejak tahun 1994, kata beliau.

“Lokasi pusat peranginan di tepi pantai dan berada tidak jauh daripada bandar sejarah Melaka mampu untuk menarik lebih ramai pelancong untuk menginap di situ,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Katanya, Value Hospitality bercadang untuk menukar nama Riviera Bay Resort kepada Everly Resort Hotel tidak lama lagi.

Tan berkata, pihaknya memperuntukkan sehingga RM2.5 juta untuk memperbaiki dan mencantikkan pusat peranginan tersebut bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung.

Tan berkata, Value Hospitality akan membina dewan seminar serta bilik persidangan yang baik untuk menarik minat syarikat-syarikat dari Singapura dan Lembah Klang menjadikan Riviera sebagai destinasi majlis perjumpaan syarikat ataupun mengadakan seminar.

“Kami juga akan menjadikan pusat peranginan itu kawasan pelancongan pilihan utama bagi syarikat-syarikat dari Singapura,” kata beliau.

Jelasnya, pihaknya akan menyediakan aktiviti sukan laut seperti melawat pulau, menyelam, perkhidmatan bot, bot layar (windsurfing) dan perkhidmatan spa.

Tan berkata, setakat ini, pihaknya mengendalikan 11 buah pusat peranginan dan hotel termasuk sebuah lasi pusat peranginan dan hotel termasuk sebuah lagi pusat peranginan di Sibu, Sarawak.

Beliau berkata, Value Hospitality hanya memiliki penuh sebuah hotel di Lembah Klang manakala yang lainnya menyaksikan pembabitan syarikat itu daripada segi pengurusan untuk pihak lain atau pemilik hartanah berkenaan.

Tan berkata, pihaknya juga bertindak sebagai perunding kepada syarikat-syarikat pelabur lain yang memilih hotel atau pusat peranginan untuk mendapat pulangan yang baik.

Sebagai contoh, kata beliau pihaknya telah berjaya membawa perolehan yang berlipat kali ganda untuk ParkCity Everly Hotel di Miri, Sarawak.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy