ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti

TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
6 Jun , 2014
Bernama

PUTRAJAYA, 6 Jun (Bernama) - Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian dengan Everly Group untuk menyediakan penyelesaian hiburan hospitalitinya, menjadikan kumpulan itu rantaian hotel pertama melanggan perkhidmatan tersebut.

Mengikut perjanjian itu, lapan hotel di bawah Everly Group – Everly Hotel Putrajaya; Parkcity Everly Hotel Bintulu dan Parkcity Everly Hotel Miri di Sarawak; Everly Resort Hotel, Melaka; Prescott Hotel Kuala Lumpur - Medan Tuanku; Prescott Hotel Kuala Lumpur Sentral; Prescott Hotel Kajang dan Prescott Hotel Klang di Selangor—boleh menikmati penyelesaian jalur lebar dalam bangunan (IBS), HyppTV dan perkhidmatan pusat panggilan.

Naib Presiden Eksekutif TM bagi PKS, Azizi A. Hadi, berkata perjanjian itu menunjukkan perubahan ketara bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia yang terlibat dalam industry hospitaliti.

“Penyelesaian menyeluruh ini dibangunkan terutamanya untuk meningkatkan kemudahan kepada pelanggan hotel dan juga mengurangkan kebimbangan pengurusan teknikal pihak hotel,” katanya.

Azizi berkata penyelesaian itu bukan hanya bagi hotel sahaja tetapi juga sesuai untuk pusat perubatan, hospital, asrama dan sebagainya.

Beliau berkata TM juga menawarkan permintaan jalur lebar-atas-permintaan di mana jalur lebar boleh ditingkatkan sehingga satu gigabait sesaat apabila diminta bagi hari-hari tertentu, berbanding 20-50 megabait sesaat bagi hari biasa, agar hotel itu tidak perlu membayar jalur lebar tinggi sepanjang tahun.

“Saluran juga ditawarkan mengikut pilihan di mana hotel boleh memilih saluran premium yang relevan untuk disesuaikan dengan profil pelanggan mereka.

“Ciri lain yang akan diperkenalkan tidak lama lagi ialah Hypptv Everywhere di mana pelanggan hotel boleh menonton TV di peranti pintar mereka dengan memuat turun aplikasi kami, di mana- mana sahaja kawasan hotel,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Jualan PKS TM, Khaidhir Elias, berkata TM memiliki 32 pelanggan bagiperkhidmatan itu setakat ini dan akan terus mencari peluang baharu dalam pasaran.

“Kami percaya kami memiliki nilai-nilai yang baik kepada pelanggan kami untuk diberikan kepada pelanggan mereka dan kami percaya kami sebenarnya menjadikan ia kompetitif kerana kami mempunyai penyelesaian menyeluruh,” katanya.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy