ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta

Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Saturday, January 25, 2003

VALUE Hospitality Group (Value), memberi jaminan ia mampu memberikan keuntungan RM1 juta setahun kepada hotel bertaraf empat bintang dengan minimum 200 bilik yang diuruskannya.

Pengurus Besar Value, Dennis Tan berkata jaminan sudah terbukti oleh tujuh hotel yang diuruskannya walaupun berdepan persaingan sengit dan lebihan bekalan bilik hotel.

Value yang ditubuhkan pada tahun 1990, kini menguruskan Beverly Hotel di Bintulu, Kota Kinabalu dan Miri, dan Prescott Hotel di Klang dan Bongawan (Sabah), Prescott Inn Medan Tuanku dan Value Inn di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

"Sebaik saja kami dilantik mengurus hotel, kami menjanjikan beberapa pemulihan dan syarikat bertekad untuk mencapainya dalam tempoh enam bulan.

"Jika tidak, kami tidak akan mendapat bayaran dan kontrak kami akan dibatalkan," katanya dalam satu temu bual yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tan berkata sebagai pakar dan perunding pengurusan perhotelan, tanggungjawab utamanya ialah meningkatkan pendapatan dan memperbaiki keuntungan hotel yang dikendalinya.

Katanya, Value teguh kepada falsafahnya iaitu mewujudkan nilai untuk pengguna dan pelanggan dengan menyediakan perkhimatan yang baik.

Pada masa sama katanya, Value juga berusaha mencapai kecemerlangan prestasi, menghormati setiap hak individu di samping mengekal dan menaik taraf persekitaran kerja.

Bagi memperbaiki tahap keuntungan dan keberkesanan hotel, beliau berkata, beberapa strategi yang betul perlu dilaksanakan oleh sesebuah hotel.

"Ini termasuk mengawal kos dengan cekap, terutamanya utiliti dan senarai gaji di samping mengguna pakai dasar pengurusan yang betul bagi merangsang produktiviti majikan.

"Dalam menguruskan hotel, kami cuba yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan ataupun mengekalkan keuntungan dengan mengurangkan kos menerusi cara pemasaran yang lebih baik.

"Itulah yang kami lakukan dan itulah sebabnya kami memberikan jaminan meraih keuntungan seumpama itu," kata Tan, yang turut dikenali sebagai antara "pakar" industri perhotelan.

Dalam setiap hotel yang diuruskan Value, kadar penginapan sentiasa meningkat. Seperti 73 peratus di Beverly Hotel Bintulu dan 73.6 peratus di Value Inn.

Mengulas mengenai tinjauan untuk industri hotel tempatan tahun ini, Tan berkata, ia mungkin kukuh dengan peningkatan kecil memandangkan ekonomi kini dalam peringkat pemulihan.

"Umumnya, industri hotel sudah pulih walaupun pada kadar yang perlahan," katanya yang menyifatkan isu keganasan dan pengganas turut menjejaskan pasaran pelancongan.

Beliau berkata walaupun ramai pelancong Eropah, Australia dan Amerika manjauhkan diri dari rantau ini, pengembara dari rantau lain mengambil tempat mereka.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy