ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
VHG Jamin Untung RM1 Juta

VHG Jamin Untung RM1 Juta Untuk Hotel Empat Bintang
Thursday, January 12, 2006

KUALA LUMPUR 24 Jan - Keuntungan RM1 juta dalam tempoh 12 bulan - itulah jaminan yang diberikan oleh Value Hospitality Group (VHG), syarikat pengurusan perhotelan untuk hotel-hotel bertaraf empat bintang yang mempunyai sekurang-kurangnya 200 bilik.

Pengurus Besar, Dennis Tan berkata, jaminan ini telah dibuktikan oleh tujuh buah hotel di bawah pengurusan syarikat walaupun berhadapan dengan persekitaran perniagaan yang kompetitif dan lebih bekalan bilik hotel.

Syarikat itu yang ditubuhkan dalam tahun 1990, pada masa ini menguruskan hotel empat bintang Beverly Hotel di Bintulu, Kota Kinabalu dan Miri, dan hotel tiga bintang Prescott Hotel di Klang dan Bongawan (Sabah), Prescott Inn Medan Tuanku dan Value Inn di Taman Maluri, Kuala Lumpur.

"Sebaik sahaja kami di lantik (untuk mengurus hotel), kami menjanjikan beberapa pemulihan dan kami mesti mencapainya dalam tempoh enam bulan. Jika tidak, kami tidak akan mendapat bayaran dan kontrak akan dibatalkan," kata beliau dalam satu temu bual di sini, baru-baru ini.

Tan berkata, sebagai pakar merangkap perunding pengurusan perhotelan, tanggungjawab utamanya ialah meningkatkan pendapatan dan memperbaiki keuntungan hotel di bawah pengurusannya.

Beliau berkata, VHG teguh kepada falsafahnya iaitu 'mewujudkan nilai untuk pengguna dan pelanggan dengan menyediakan perkhimatan yang baik kepada para pelanggan, berusaha mencapai kecemerlangan dalam prestasi, menghotmati setiap hak individu di samping mengekal dan menaikkan taraf persekitaran kerja yang positif.'

Bagi memperbaiki keuntungan dan keberkesanan hotel, beliau berkata, strategi yang betul mesti dilaksanakan. Ini termasuklah mengawal kos dengan cekap, terutamanya utiliti dan senarai gaji di samping mengguna pakai dasar pengurusan yang betul bagi merangsangkan produktiviti majikan.

"Dalam menguruskan mana-mana hotel, kami cuba yang terbaik untuk meningkatkan pendapatan ataupun sekurang-kurangnya mengekalkan keuntungan dengan mengurangkan kos dan menerusi cara pemasaran yang lebih baik. Itulah yang kami lakukan sekarang ini dan itulah sebabnya mengapa kami memberikan jaminan untuk meraih keuntungan seumpama itu," kata Tan, yang turut dikenali sebagai antara 'guru terbaik' untuk industri perhotelan.

Dalam setiap hotel yang diuruskan oleh VHG, beliau berkata, kadar penginapan sentiasa meningkat. Contohnya, kadar penginapan untuk Beverly Hotel di Bintulu pada masa ini sentiasa 73 peratus, sementara Value Inn pada 73.6 peratus.

Mengulas mengenai tinjauan untuk industri hotel tempatan tahun ini, Tan berkata, ia kemungkinan kukuh dengan peningkatan kecil memandangkan ekonomi kini dalam peringkat pemulihan.

"Pada amnya, industri hotel tempatan telah menunjukkan pemulihan walaupun pada kadar yang perlahan," kata beliau sambil menambah yang insiden pengeboman di Bali dan serangan 11 September telah sedikit sebanyak menjejaskan pasaran pelancongan.

Beliau berkata, walaupun ramai pelancong Eropah, Australia dan Amerika menjauhkan diri dari rantau ini, pengembara dari lain-lain rantau telah mengambil tempat mereka. Baru-baru ini pelancong dari Asia Barat, India dan Jepun telah datang ke Malaysia, sekali gus membantu merangsangkan industri pelancongan tempatan.

Bagi pemaju-pemaju hotel, Tan berkata kini adalah masa yang baik untuk mereka melabur dalam hotel-hotel baru.

"Bagaimanapun, pemaju-pemaju ini mesti tahu bagaimana untuk mereka bentuk dan membina hotel dalam usaha mengurangkan kos infrastruktur supaya peluang mendapatkan keuntungan lebih baik," kata beliau.

VHG turut menyediakan bantuan reka bentuk dan teknikal. Semua reka bentuk disesuaikan dengan sasaran pasaran dan harga ditentukan ketika kajian kemungkinan.

Menyentuh mengenai tinjauan VHG tahun ini, Tan berkata, ia berharap dapat menguruskan 10 hotel di Malaysia menjelang akhir tahun ini.

"Kami turut meninjau potensi pengurusan di Thailand dan Singapura," katanya.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy