ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya

Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
Sabtu 26 Mei 2012
Utusan Borneo
Connie Sylvia Mesa

VALUE Hospitality merupakan sebuah syarikat pengurusan hotel merangkap sebagai pakar peningkatan keuntungan dan perunding pelaburan yang ditubuhkan pada 1990.

Ia juga sebuah syarikat perintis di wilayah ini untuk menjamin peningkatan keuntungan dalam tempoh enam bulan kepada pemilik hotel atau dua kali ganda yuran akan dikembalikan.

Kumpulan Value Hospitality kini menguruskan lima hotel di negara ini di bawah Everly dan Prescott. Selain daripada pengurusan hotel dan pemulihan perniagaan hospitality, Value Hospitality turut menyediakan penyelesaian kos yang berkesan untuk reka bentuk hotel dan penyeliaan pembinaan.

Value Hospitality mementingkan pengurusan hasil, kepuasan tetamu, membina kesetiaan pelanggan, strategi pemasaran, operasi piawaian serta jaminan kualiti dan sistem yang terkini telah membantu kumpulan berkenaan membina rekod pengurusan yang cemerlang sejak dua dekad lalu.

Justeru baru-baru ini, Value Hospitality telah menandatangani perjanjian pengurusan antara Value Hospitality bersama Indah Putrajaya Sdn Bhd bagi mengendalikan sebuah lagi hotel yang dinamakan the Everly Putrajaya.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn Bhd Datuk Azlan Abdul Karim yang mewakili Indah Putrajaya Sdn Bhd manakala Value Hospitality diwakali oleh Pengarah Pengurusan Value Hospitality Group Dennis Tan di pusat beli-belah Alamanda Putrajaya.

Turut menyaksikan majlis tandatangan perjanjian tersebut ialah Pengarah Operasi Value Hospitality Limited John Augustin.

Hotel yang bakal dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini terletak di Precint 1 Putrajaya, yang akan disambungkan ke pusat beli-belah Alamanda Putrajaya.

Dengan lokasi yang strategic dan terletak di pusat pentadbiran kerajaan yang mempunyai infrakstruktur yang moden dan komprehensif, The Everly Putrajaya berpotensi dan bersesuaian dengan para peniaga membuat pertemuan selain bakal menjadi tumpuan para pelancong.

The Everly Putrajaya akan menjadi sebuah hotel bertaraf tiga bintang dengan kemudahan yang setaraf empat bintang dengan jaminan akan menyediakan suasana yang selesa dan berpatutan.

Perancangan , reka bentuk dan pembangunan sekitarnya turut bersesuaian dengan kerjasama dengan majlis tempatan dan badan-badan lain bagi memastikan hotel dan pembangunan berkenaan mencapai tahap yang dikehendaki.

Sehubungan itu, hasil daripada jaminan kualiti dan komitmen terhadap perkhidmatan pelanggan, beberapa hotel di bawah pengurusan Value Hospitality turut telah memperolehi pelbagai anugerah pelancongan dan penghargaan lain.

Antaranya ialah Parkcity Everly Hotel Bintulu telah dianugerahkan sebagai ‘Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Hotel’ (4-Star City Hotel) oleh Tourism Malaysia bagi tahun 2004, Prescott Inn Kuala Lumpur - Medan Tuanku adalah finalis dalam Anugerah Pelancongan Datuk Bandar Kuala Lumpur 2011, Prescott Hotel Klang telah dianugerahkan Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 Perkhidmatan Best Hotel (Pemenang) dan Everly Resort Hotel Melaka telah dianugerahkan Anugerah Pelancongan Melaka 2008/2009 untuk ‘Kecermelangan Dalam Perkhidmatan Hotel.’

Manakala lima hotel yang dikendalikan oleh Value Hospitality termasuk Parkcity Everly Hotel Bintulu, Parkcity Everly Hotel Miri, Prescott Hotel Klang, Prescott Inn Kuala Lumpur-Medan Tuanku dan Prescott Metro Inn Kajang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.vhhotels.com.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy