ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008

Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008, Julai ini
Friday, June 06, 2008
Melaka Hari Ini

TANJUNG KLING, 5 Jun - Melaka akan menjadi tuan rumah kepada acara Miss Malaysia Earth 2008 dalam usaha memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar terutamanya dalam era pemanasan global yang dihadapi seluruh dunia ketika ini.

Bertemakan "Buangkan Tabiat" Ke Arah Pengurangan Karbon ("Kick the habit" Towards a Low Carbon Economy), acara tersebut akan dijadikan sebagai landasan untuk mewujudkan rangsangan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan,Datuk Seet Har Cheow berkata, acara tersebut bukan setakat satu pertandingan kecantikan semata-mata tetapi juga merupakan satu usaha mencari seorang wakil yang boleh menjadi jurucakap kepada masyarakat mengenai usaha-usaha memulihara alam sekitar.

"Acara ini berfungsi sebagai satu platform untuk menyedarkan orang ramai tentang tanggungjawab mereka terhadap usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

"Dengan usaha sebegini, ia juga diharapkan dapat mendidik orang ramai untuk mencintai alam ini dan seterusnya berusaha untuk memuliharanya,"katanya.

Har Cheow berucap merasmikan Kempen Selamatkan Bumi dan Miss Malaysia Earth 2008 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Everly Resort Hotel, di Tanjung Kling, di sini hari ini.

Pusingan akhir Miss Malaysia Earth 2008 akan diadakan di Everly Resort Hotel di sini pada 12 Julai depan.

Jelas Har Cheow, selain bercakap mengenai isu-isu alam sekitar, pemenang akan turut dipertanggungjawabkan sebagai duta pelancongan Malaysia.

"Berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang lain, Miss Malaysia Earth 2008 juga merupakan satu platform untuk mempromosikan serta memasarkan tarikan serta produk pelancongan dan kebudayaan negeri," katanya.

Tambah Har Cheow, semasa berlangsungnya acara Miss Malaysia Earth 2008 di Melaka bulan depan, semua peserta akan turut dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di negeri ini selain turut terlibat dalam beberapa aktiviti kemasyarakatan.

"Pemenang acara akan dipilih mewakili Malaysia di pertandingan Miss Earth 2008 International Pageant di Manila Oktober nanti," katanya

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy