ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya

The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Jumaat 25 Mei 2012
Utusan Borneo

MIRI: Putrajaya bakal mempunyai sebuah hotel baharu yang dinamakan ‘The Everly’ pada penghujung tahun ini dengan termeterainya perjanjian pengurusan antara Indah Putrajaya Sdn. Bhd bersama Value Hospitality Limited, baru-baru ini.

Majlis menandatangani perjanjian berkenaan yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Sdn. Bhd, Datuk Azlan Abdul Karim yang mewakili Indah Putrajaya Sdn. Bhd, manakala Value Hospitality Limited diwakili Pengarah Pengurusan Value Hospitality Group Dennis Tan di pusat beli-belah Alamanda Putrajaya.

Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah Pengarah Operasi Value Hospitality Limited John Augustin.

Terletak di Precint 1 Putrajaya, The Everly Putrajaya akan disambungkan ke pusat beli-belah Alamanda yang merupakan lokasi strategik serta tumpuan utama penduduk di Putrajaya untuk membeli-belah.

Datuk Azlan Abdul Karim dalam ucapan beliau berharap The Everly Group akan mempelbagai pembangunan yang lain di Putrajaya bagi tujuan meningkatkan suasana yang merian terutama di kawasan pusat beli-belah terbabit.

"Dengan adanya The Everly Hotel ini nanti, kita (Putrajaya Holdings) akan memiliki hotel bertaraf tiga bintang dengan kemudahan setaraf empat bintang, jauh dari rumah namun menyediakan kemudahan serta suasana yang selesa."

"Perancangan, reka bentuk dan pembangunan dan pembangunan sekitarnya bersesuaian dengan kerjasama pihak kami dengan majlis tempatan dan badan-badan lain bagi memastikan hotel dan pembangunan yang ada di sini mencapai tahap yang dikehendaki," katanya.

Sehubungan itu, dengan perjanjian tersebut, Value Hospitality Limited yang secara langsung terlibat dengan reka bentuk dan pembinaan berperingkat terhadap hotel berkenaan akan dimanahkan untuk mengurus dan menjalankan operasi hotel terbabit.

Sementara itu, menurut Pengarah Pengurusan Value Hospitality Group Dennis Tan, pihaknya berbesar hati untuk menguruskan operasi hotel tersebut memandangkan telah terlibat sepenuhnya dalam reka bentuk dan pembinaan hotel berkenaan.

"Dengan lokasi yang strategic dan terletak di pusat pentadbiran kerajaan yang mempunyai infrastruktur yang moden dan komprensif, The Everly Hotel berpotensi untuk para peniaga mengadakan pertemuan selain bakal menjadi tumpuan para pelancong," jelas beliau.

Ditubuhkan pada 1990, Value Hospitality Group kini menguruskan lima buah hotel di seluruh negara dan mempunyai lebih 350 pekerja professional di bawah pengurusan hotel tersebut.

Lima hotel yang dikendalikan oleh Value Hospitality termasuk ParkCity Everly Hotel Bintulu, ParkCity Every Hotel Miri, Prescott Hotel Klang, Prescott Inn Kuala Lumpur-Medan Tuanku dan Prescott Metro Inn Kajang.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy