ABOUT US HOTELS NEWS MANAGEMENT SERVICE CAREERS VIDEOS CONTACT US
TM Inks Pact With Everly Group To Provide Hospitality Entertainment Solution
TM signs deal with Everly Group for ICT entertainment solution
TM seeks to serve more hospitality entertainment customers
Everly’s Tan says TM deal to benefit hotel guests
TM inks pact with Everly to provide hospitality solution
TM to provide Everly Group with entertainment solutions
Perubahan ketara bagi PKS
TM Meterai Perjanjian Dengan Everly Group Sediakan Penyelesaian Hiburan Hospitaliti
Value Hospitality kendali The Everly Putrajaya
The Everly to encourage tourism in Putrajaya
Logo baharu Everly Putrajaya diumum
The Everly pelbaikagan pembangunan di Putrajaya
Everly hotel opening in Putrajaya
New hotel in Putrajaya to open by end of year
Everly Putrajaya unveils name logo
New landmark for Putrajaya
Best Service for Resort
VH Group to Manage Parkcity Hotel
Sandakan on the trail
Miss Malaysia Earth title to Perak-born Beauty
Perak-born Audrey Ng
A different kind of pageant
Helping the earth by washing less linen
Keep the towel raise some money
Melaka tuan rumah Miss Malaysia Earth 2008
24 Finalis sertai ratu cantik
Government is confident to achieve 2.5 nights
Do not litter
Cruise the Melaka Strait
Sabah's @ease targets 60% occupancy rate
Plan for boutique hotel at Sandakan harbour project
Sandakan's RM40m boutique hotel
@Ease targets 60% occupancy rate
@Ease to open in Sabah
Sandakan gets new boutique hotel
New Lifestyle boutique hotel
New boutique hotel
People to be sufficiently informed
Everly Hotel wins excellence award
Give skill training
VH ambil alih Riviera Bay Resort
VH on the prowl for hotel projects
VH secures 9th hotel
VH Kekalkan Keuntungan
VH Yakin Tingkat Keuntungan Prescott Inn
VHG Jamin Untung RM1 Juta
Wireless Internet Access in Hotels
VHG to Manage two more hotels
VH Submits Proposal To Manage Hotels
New Offers
VH Targets More Hotels to Manage
VH Bantu Tingkatkan Untung Prescott Inn
VH Urus Prescott Inn Medan Tuanku
Local Hotels Can Do Better
Hoteliers See Slow Recovery From SARS Impact
Returning Interest In Hotel Sector
Value Jamin Raih Untung Tahunan RM1 Juta
Value For Service
Hotels Can Raise Sales In Soft Economy
Logo baharu Everly Putrajaya diumum

Logo baharu Everly Putrajaya diumum
Khamis 24 Mei 2012
Utusan Sarawak

PUTRAJAYA, Rabu- Nama dan logo baharu Everly Putrajaya yang dijadualkan akan dibuka secara rasmi pada November tahun ini telahpun diumumkan secara rasminya di sini hari dengan perjanjian kerjasama antara Indah Putrajaya Sdn Bhd (IP) dengan anak syarikat milik penuh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) dan Value Hospitality Limited (VH).

Majlis menandatangani MOU berkenaan disempurnakan di Alamanda Shopping Centre, Putrajaya dengan IP diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings, Datuk Azlan Abdul Karim dan VH diwakili oleh Pengarah Urusan, Dennis Tan.

Perjanjian berkenaan adalah bagi membolehkan VH memperolehi hak untuk mengurus dan mengendali hotel bekernaan selama 10 tahun tetapi jangka masa itu boleh dilanjutkan lagi bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Putrajaya Everly akan menjadi hotel kedua bagi PjH di kawasan Putrajaya.

Berucap sebelum majlis menandatangani perjanjian berkenaan, Azlan berkata, berdasarkan statistik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara yang dikeluarkan oleh Kementerian pelancongan Malaysia 2010-2011, Putrajaya telah mencatat peningkatan sebanyak 12.24 peratus jumlah kedatangan pelawat dan pelancong asing sekali gus merupakan jumlah yang tertinggi dikalangan semua negeri di Malaysia.

Daripada sebanyak 190 acara atau program yang dirancang akan dilangsungkan tahun ini, sebanyak 14 daripadanya adalah acara yang bertaraf antarabangsa dan 24 acara peringkat kebangsaan dengan kehadiran pengunjung dan pelancong asing dijangka bertambah dengan lebih banyak pada masa-masa akan datang.

"Sejajar dengan program Greater KL untuk menjadikan Putrajaya sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun, Putrajaya Holdings memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan penginapan di Putrajaya dengan menyediakan hotel untuk ahli perniagaan, penduduk tempatan dan pelancong."

"Kita ketika ini sedang membina hotel bertaraf tiga bintang dengan kemudahan yang bertarap empat bintang, dengan menyediakan kemudahan penginapan pada harga yang berpatutan tetapi dengan gaya hidup mewah," kata Azlan.

Lokasinya yang strategik di Presint 1, Putrajaya Everly apabila siap akan menjadi sebahagian daripada pembangunan di sepanjang tebingan bertaraf komersial dengan hotel tiga bintang 15 tingkat dan 10 tingkat untuk bangunan pejabat.

Azlan berharap dengan adanya Everly Putrajaya ia akan merancakkan lagi keadaan ekonomi di kawasan berkenaan terutamanya di kawasan Alamanda Shopping Centre yang sememangnya terkenal dengan pusat membeli-belah dan bersantai di Putrajaya.

Everly Putrajaya apabila siap terdiri daripada 382 bilik, dewan bankuet yang boleh menampung 1,000 orang, 8 bilik mesyuarat, cafe house, lounge cafe, kolam renang serta ruang Eksekutif.

Sebuah pusat kecergasan dan spa yang sedang dalam peringkat perancangan dan dijadual akan dibuka kepada pelanggan menjelang akhir tahun pertama operasi hotel berkenaan.

"Perancangan dan pembangunan di kawasan itu kini begitu mendesak dan ia menyebabkan kita terpaksa bekerjasama rapat dengan majlis kerajaan tempatan serta pihak berkuasa lain untuk memastikan pembangunan di kawasan berkenaan menepati syarat yang telah ditetapkan."

"Sebab itu kita harap dapat membangunkan bangunan ini dengan konsep bangunan hijau selepas Menara PjH Presint 2, sejajar dengan komitmen untuk mengubah persekitaran pembinaan dengan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar melalui reka bentuk bangunan hijau dan amalan mapan Putrajaya Holdings."

"Kami juga gembira dengan kemajuan yang telah dibuat di lokasi setakat ini dan pelancaran tidak rasmi dirancang akan dilakukan pada suku keempat 2012," katanya.

Sementara itu, Tan berkata VH rasa bangga kerana diberi kepercayaan mengurus hartanah terutamanya setelah VH terlibat dalam reka bentuk teknikal dan pembinaan hotel untuk tiga tahun yang lalu.

"Dengan kedudukannya yang strategik kita yakin Everly Putrajaya mempunyai potensi untuk menjadi hotel pilihan bagi ahli perniagaan untuk bermesyuarat dan seminar di kawasan Putrajaya," katanya.

Ditubuhkan pada tahun 1990, Kumpulan VH kini menguruskan lima buah hotel di negara ini termasuk hotel yang dibangunkan dengan jenama Everly dan Prescott.

Ketika ini VH turut menguruskan beberapa buah hotel termasuk ParkCity Everly Hotel Bintulu, ParkCity Everly Hotel Miri, Prescott Hotel Klang, Prescott Inn Kuala Lumpur (Medan Tuanku) dan Prescott Metro Inn, Kajang.

 
© 2013 Everly Group Privacy Policy